Tuesday, November 22, 2011

Masjid Kampung Air Mati

Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Hamidiah sempena nama bekas Ketua Kampung Air Mati terdahulu. Di sinilah aku bersembahyang sehingga pada suatu Jumaatg, aku yang masih di sekolah menengah tingkatan 3, dikira sebagai ahli kariah. Bayangkan aku yang berumur 15 tahun telah dikira , dibilang satu persatu sebagai ahli kariah untuk menggenapkan 40 orang, barulah boleh mendirikan sembahyang Jumaat. Ketika itu pada tahun  1978. Aku bersekolah di SMDSMLm di Kampung Gajah.

Masjid ini patut dibanggakan kerana dibina daripada batu konkrit. Tak banyak masjid di daerah ini yang dibina daripada batu. Kebanyakkan dibina daripada papan sahaja.

Masjid ini dirancang sejak 1939 lagi iaitu sebelum Perang Dunia Kedua. Antara tokoh yang menjayakan pembinaan masjid ini ialah Tuan Haji Abdul Hamid bin Sulaiman, Tuan Haji Nengah Tuan Haji Abdul Rahman (?). Setiap penduduk yang menderma akan diberikan sekeping kupon derma bernilai RM0.50 . Hanya 50 sen sahaja setiap kupon/ resit.

Senibina dalaman ada unsur-unsur Cina seperti kubah yang berbentuk Cina. Itu yang peliknya. Tentu kontraktornya dahulu orang Cina.

Fatimah, Roslah dan Khairiah

Aku ingat berkali-kali tentang Kuala Parit yang terletak di Kampung Gajah , Perak. Penduduk Kampung Kuala Parit sudah tidak berorang sebagaimana kamoung-kampung lain di tepian Sungai Perak. Di sinilah ada beberapa buah rumah antaranya rumah sikembar Anuar Othman dan Fatimah Othman yang rumahnya hampir-hampir sahaja rebak ke dalam Sungai Perak. 

Pada suatu hari Acik Tambi iaitu adik kepada emak aku suruh minta tandatangan daripada Fatimah Othman atau bapanya. Tujuannya supaya mereka menaiki bot penampang Acik di Kampung Air Mati . Maka bolehlah tampung kos tampang seberang menyeberang Sungai Perak. Tapi manalah dia atau bapanya hendak tandatangan. Sebabnya kawan-kawan aku tu menyeberang menggunakan sampan masing-masing. Sungguhpun mereka perempuan, tetapi mereka berani berkayuh sampan menyeberang sungai.

Aku teringatkan Fatimah itu  semasa Cikgu Sabariah mengajar subjek Matematik. Fatimah cukup takutkan kucing dan kucing tu pulak suka bermanja dan mengelus-elus bulunya di kaki Fatimah. Fatimah akan menjerit kuat-kuat hinggakan Cikgu Sabariah terkejut besar. Ada rakan lain yang suka sakat-sakat Fatimah ni.

Aku sebenarnya sudah lama tidak berjumpa dengan Fatimah dan rasa rindu dengan budak perempuan baju biru ini masa dedulu. Mungkin ada sekeping dua gambar Fatimah yang aku dah upload kat Facebook. Sehingga kini Fatimah ini tidak aku temui. Gambar ini agak kabur , ketika aku turut serta ketika berkelah-kelah di Teluk Batik, Lumut, Perak. Ketika ini pada hujung tahun 1975 /1976.

Seorang lagi rakanku ialah Roslah Sapian yang aku temui dalam Facebook . Selepas SPM di Sekolah Menengah Datuk Seri Maharaja Lela, kampung Gajah, dia berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Bapanya Sapian ada bersaudara dengan aku iaitu melalui Tok Ngah Abu Bakar, Kampung Padang. Entah macam macam sering pula kami bercakap dalam FB. Dia bekerja di Hospital Universiti Kuala Lumpur.

Seorang lain sampai kini aku tak pernah jumpa iaitu Khairiah Shuib. Aku ingat sangat dia ni kerana dalam kelas dia cukup garang dan menjadi ketua kelas sehingga darjah empat (1974). Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Pada Jun 2011 yang lalu aku berjumpa dengan kakaknya Zuraidah Shuib, masih kecil dan comel.

Monday, May 9, 2011

Lama tak balik

Lama juga aku tak balik ke kampung . Entah bagaimana agaknya kampung halamanku . Sungai Perak yang keruh dan laju mengalir ke hilir . Perlu ada perancangan dengan adik-beradik supaya mereka turut balik ke kampung.

Kenangan lalu menggamit rindu. Dulu aku merasakan mereka yang balik kampung ini sebagai tidak mengenang budi. Sekarang sangkaan dan terjahan itu kembali kepada aku.


Sunday, April 17, 2011

Makan di sawah

Maghrib tadi kami sekeluarga makan di lantai je. Lama dah tak makan nasi di lantai. Sebabnya meja penuh dengan komputer. Anak kecilku Azran tengok ultraman di Youtube. Sorang lagi layan Facebook di internet.

Teringatlah aku ketika makan di pondok sawah padi di Blok D, Seberang Perak. Apak ada tanah di Seberang Perak . Luasnya kira-kira 2 hektar atau 5 ekar. Kini, tanah itu telah difaraidkan kepada Yong Rohani dan adik Norliza.

Sejak apak masih hidup, tanah itu tidak lagi dikerjakan sendiri kerana memerlukan kos yang tinggi . Kos tinggi kerana semua kerja perlu diupah. Antara kerja membajak sawah. Kerja meracun dan menyemai. Kerja menuai dan sebagal macam. Malahan benih padi terpaksa dibeli. Hasilnya pula tidak seberapa jika dihitung-hitung.

Apabila dipajak kepada Cina Langkap melalui Kuchai (Kushairi) boleh pulak menguntungkan tokeh Cina itu. Cina itu tidaklah turun ke bendang sendiri. Dia ada jentera menuai, jentolak dan lain-lain. Banyak keping tanah diusahakannya. Sebelum itu apak ada 'swastakan' kepada Abang Din , menantu Pak Dollah Pantun. Tapi apak merungut-rungut , dia kejap bayar kejap lagi tak bayar.

Ketika itu, aku masih di sekolah rendah , darjah empat, lima atau enam gitu. (1974-1976). Tidak ada motosikal, hanya basikal. Kekadang hanya berjalan kaki sahaja kerana hanya apa sahaja yang ada basikal lantin besar tu. Apak hanya beli basikal 'Raleigh' dari Cikgu Mohd Noor apabila cikgu tu pencen dan menetap di Sungai Pari, Ipoh.

Ada tiga jambatan batang kayu bulan merentang terusan . Jambatan itu kenalah dititi betul-betul. Jika akan terperolus masuk ke dalam air. Airnya deras dan dalam pada masa-masa tertentu. Di Blok A ada jambatan dekat kunci air Raja Yit. Di Blok C, ada juga jambatan 2 batang berhampiran rumah Haji Reshad. Dari sini , boleh terus ke sawah Pak Pie dan seterusnya ke sawah kami.

Tanah sawah ini tidaklah rata, walaupun telah diteroka sejak 1965 lagi. Terusan, ban menghalang banjir menang ada dibina oleh kerajaan. Tapi apak dan orang lain terpaksa menebang pokok, membakar pokok yang besar-besar melintang dan mencangkul tanah supaya rata dan rendah. Masalahnya airnya terlalu dalam di bahagian belakang hingga ke paras pinggang aku. Aku sendiri seram sejuk turun ke sawah. Lintah dan pacat jangan dikata lagi. Kekadang ular sawa atau tedung sela pun ternampak.

Air yang dalam tidak ada tikus. Untungnya apabila air sawah dikeringkan, banyaklah ikan bulat 'haruan', ikan keli, ikan puyu, sepat dan lain-lain. Tapi apak tak makan ikan keli.

Biasanya apabila apak turun ke sawah, dia kayuh basikal lanting besar, ada-ada aje barang yang dibawanya. Jadi aku dan emak terpaksalah berjalan kaki sahaja. Sebagai keselamatan emak, tidak dapat tidak aku terpaksalah pergi juga. Kesian jugak melihat emak sorang-sorang berjalan kaki menerusi ban-ban menuju sawah padi di Blok D tu.

Ayah Ngah ada juga sawah padi tetapi dia dapat di Blok C yang lebih hampir dengan Kampung Air Mati. Kerjanya sebagai penghulu, tentulah dia dapat lokasi sawah yang lebih baik.

Kebanyakan penduduk Kampung Air Mati dapat tanah sawah di Blok D. Antaranya ialah Supian Shamsudin (Pak Pian), Ibrahim Nonek (Che En), Pak Gedin , Tok Wi, Pak Wi, Tok Mi , Pak Tajudin dan lain-lain.

Apabila makan di pondok atau dangau itu, aku ditugaskan menggoyang-goyangkan tali penghalau burung pipit. Memang banyak burung pipit warna cokelat. Kalau di kampung, yang banyak burung pipit berwarna hitam. Tapi di sawah ni, jenis burung pipit 'jambul' putih dengan badan cokelat.

Johari Shaari Pelo biasanya mereka menjaring burung-burung pipit ini. Jaring di rentang di tengah sawah . Burung yang sedang makan padi di tangkai, akan terbang pergi . Kalau bernasib baik, brbelas-belas ekor padi terperangkap dalam jaring. '

Cikgu ada buat mini zoo di sekolah. Dalamnya ada dipelihara burung pipit, merbah, merpati, ikan keli , ikan puyu dan lain-lain. Penjaga setianya ialah Megat Jaafar bin Megat Ayub. (Pak Po). Pak Po menjadi tukang kebun sekolah dengan gaji RM120 sebulan. Sebelum Pak Po jadi tukang kebun, apaklah yang menjadi tukang kebunnya dari tahun 1965-1972 gitu.

Ada kisah 'perselisihan faham' tentang jawatan tukang kebun nih.

Di sawah, emak masak dengan periuk kecik-kecik aje. Biasanya aku menolong emak pada masa cuti sekolah. Walaupun aku lebih suka bermain 'baling getah' atau tudung laminet tapi terpaksalah. Apak juga ada pelihara beberapa ekor kambing . Aku tidaklah berani sangat kerana ada banyak lubang-lubang di di tanah dan di dalam batang-batang kayu. Kadang-kadang ada kepal ular menjenguk . Kadang-kadang ada tikus berlari masuk dan jadilah rezeki ular.

Ada beberapa keluarga yang pindah ke Seberang Perak , Blok D, Blok C dan lain-lain. Antaranya keluarga Pak Pie, Haji Reshad, Napiah, Pak Lot dan lain-lain. Tok Mi tukang ada juga buat rumah kecil dan cantik . dia seorang tukang jadi pondoknya lebih cun. Sedangkan pondok yang apak bina , pakai parap-parap aje. Tiang jenis batang bulat. Dindingnya dari kayu sayung atau batang batang yang dibelah dengan kapak. Tentulah tidak secantik Tok Mi.


Pak Pian meninggal dunia di tanah suci.

Menurut Pak Usu, Pak Pian mengerjakan umrah bersama dengan menantunya Ismail , Hamidah dan Wan Mah kut. Semasa dia pergi ke Mekah, dia memang ada lelah, asthma, tidak berapa sihat.

Suhu yang panas dan tidak menentu menyebabkan kesihatannya semakin teruk. Akhirnya Pak Pian meninggal dunia di Mekah. Jenazahnya tidak dibawa kembali ke Kampung Air Mati.

Bomoh patah Beranang

Hari ini, 17 April 2011, aku dikejutkan oleh telefon dari Pak Usu dari Port Dickson kut. Dia mahukan maklumat dari aku tentang Bomoh Patah yang boleh menyembohkan / mengubat orang patah. Siapa ?

Katanya , Ita patah kaki semasa menghantar anaknya ke Sekolah Berasrama di Kuala Selangor. Setahu aku Ita atau Juanita duduk di Bandar Tun Hussein Onn , Cheras. Ada batu-batu gugur jatuh bertaburan di Lebuhraya Guthrie . Keretanya terlanggar batu -batu besar itu dan kakinya patah. Nasib anaknya tidaklah diketahui.

Aku segera telefon Cikgu Arpah yang asal dari Jalan Enam Kaki, Beranang. Bomoh patah itu namanya Haji Idris. Rumahnya tak masukpun Jalan Enam Kaki. Cuma di luar je, kira-kira dua tiga langkah je.

Setakat ini Wan Chu yang jaga Ita kerana masih belum boleh bergerak sangat. Dulu Amin Jack Sparrow patah juga. Dia juga berubat dengan Bomoh tersebut. Begitu juga dengan Ahmad Kathiran yang patah lengan , jatuh dari pokok rambutan.

Harap-harap Ita kembali pulih.