Tuesday, November 22, 2011

Masjid Kampung Air Mati

Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Hamidiah sempena nama bekas Ketua Kampung Air Mati terdahulu. Di sinilah aku bersembahyang sehingga pada suatu Jumaatg, aku yang masih di sekolah menengah tingkatan 3, dikira sebagai ahli kariah. Bayangkan aku yang berumur 15 tahun telah dikira , dibilang satu persatu sebagai ahli kariah untuk menggenapkan 40 orang, barulah boleh mendirikan sembahyang Jumaat. Ketika itu pada tahun  1978. Aku bersekolah di SMDSMLm di Kampung Gajah.

Masjid ini patut dibanggakan kerana dibina daripada batu konkrit. Tak banyak masjid di daerah ini yang dibina daripada batu. Kebanyakkan dibina daripada papan sahaja.

Masjid ini dirancang sejak 1939 lagi iaitu sebelum Perang Dunia Kedua. Antara tokoh yang menjayakan pembinaan masjid ini ialah Tuan Haji Abdul Hamid bin Sulaiman, Tuan Haji Nengah Tuan Haji Abdul Rahman (?). Setiap penduduk yang menderma akan diberikan sekeping kupon derma bernilai RM0.50 . Hanya 50 sen sahaja setiap kupon/ resit.

Senibina dalaman ada unsur-unsur Cina seperti kubah yang berbentuk Cina. Itu yang peliknya. Tentu kontraktornya dahulu orang Cina.

No comments:

Post a Comment