Pada 10 Mac 2012, anak Yong Rohani yang sulung, Khairul Adha Abdul Wahab akan berkahwin dengan orang Kodiang, Kedah, dekat sempadan nun.
Semasa pertunangannya tempoh hari, aku sekereta dengan keluarga pergi ke sana. Dari Kampung Ayer Mati terus ke Pulau Pinang dan tidur semalaman di Georgetown , Pulau Pinang. Beberapa tahun sebelum ini, aku tidur di rumah Yong sahaja. Teringin pulak tidur di hotel dan anak bini aku tentulah tak banyak meragam.
Kami makan pasembor di Padang Kota pada waktu tengah malam dan menikmati pemandangan di tepi laut, melihat lampu neon di seberang dan dari lelampu di atas kapal besar yang berlabuh . Sebenarnya tidak banyak kapal yang singgah berlabuh dan menurunkan barang di Pelabuhan Pulau Pinang. Ini mungkin kerana pelabuhan Pulau Pinang semakin cetek dan akan mengganggu keselamatan Jambatan Pulau Pinang.
Esoknya kami bergerak di rumah sahabat semaktab aku, Mohd Anis Abu Bakar di Kulim , Kedah. ke Alor Setar dan tidur semalam di Residen Hotel.

No comments:
Post a Comment