Tuesday, November 22, 2011

Masjid Kampung Air Mati

Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Hamidiah sempena nama bekas Ketua Kampung Air Mati terdahulu. Di sinilah aku bersembahyang sehingga pada suatu Jumaatg, aku yang masih di sekolah menengah tingkatan 3, dikira sebagai ahli kariah. Bayangkan aku yang berumur 15 tahun telah dikira , dibilang satu persatu sebagai ahli kariah untuk menggenapkan 40 orang, barulah boleh mendirikan sembahyang Jumaat. Ketika itu pada tahun  1978. Aku bersekolah di SMDSMLm di Kampung Gajah.

Masjid ini patut dibanggakan kerana dibina daripada batu konkrit. Tak banyak masjid di daerah ini yang dibina daripada batu. Kebanyakkan dibina daripada papan sahaja.

Masjid ini dirancang sejak 1939 lagi iaitu sebelum Perang Dunia Kedua. Antara tokoh yang menjayakan pembinaan masjid ini ialah Tuan Haji Abdul Hamid bin Sulaiman, Tuan Haji Nengah Tuan Haji Abdul Rahman (?). Setiap penduduk yang menderma akan diberikan sekeping kupon derma bernilai RM0.50 . Hanya 50 sen sahaja setiap kupon/ resit.

Senibina dalaman ada unsur-unsur Cina seperti kubah yang berbentuk Cina. Itu yang peliknya. Tentu kontraktornya dahulu orang Cina.

Fatimah, Roslah dan Khairiah

Aku ingat berkali-kali tentang Kuala Parit yang terletak di Kampung Gajah , Perak. Penduduk Kampung Kuala Parit sudah tidak berorang sebagaimana kamoung-kampung lain di tepian Sungai Perak. Di sinilah ada beberapa buah rumah antaranya rumah sikembar Anuar Othman dan Fatimah Othman yang rumahnya hampir-hampir sahaja rebak ke dalam Sungai Perak. 

Pada suatu hari Acik Tambi iaitu adik kepada emak aku suruh minta tandatangan daripada Fatimah Othman atau bapanya. Tujuannya supaya mereka menaiki bot penampang Acik di Kampung Air Mati . Maka bolehlah tampung kos tampang seberang menyeberang Sungai Perak. Tapi manalah dia atau bapanya hendak tandatangan. Sebabnya kawan-kawan aku tu menyeberang menggunakan sampan masing-masing. Sungguhpun mereka perempuan, tetapi mereka berani berkayuh sampan menyeberang sungai.

Aku teringatkan Fatimah itu  semasa Cikgu Sabariah mengajar subjek Matematik. Fatimah cukup takutkan kucing dan kucing tu pulak suka bermanja dan mengelus-elus bulunya di kaki Fatimah. Fatimah akan menjerit kuat-kuat hinggakan Cikgu Sabariah terkejut besar. Ada rakan lain yang suka sakat-sakat Fatimah ni.

Aku sebenarnya sudah lama tidak berjumpa dengan Fatimah dan rasa rindu dengan budak perempuan baju biru ini masa dedulu. Mungkin ada sekeping dua gambar Fatimah yang aku dah upload kat Facebook. Sehingga kini Fatimah ini tidak aku temui. Gambar ini agak kabur , ketika aku turut serta ketika berkelah-kelah di Teluk Batik, Lumut, Perak. Ketika ini pada hujung tahun 1975 /1976.

Seorang lagi rakanku ialah Roslah Sapian yang aku temui dalam Facebook . Selepas SPM di Sekolah Menengah Datuk Seri Maharaja Lela, kampung Gajah, dia berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Bapanya Sapian ada bersaudara dengan aku iaitu melalui Tok Ngah Abu Bakar, Kampung Padang. Entah macam macam sering pula kami bercakap dalam FB. Dia bekerja di Hospital Universiti Kuala Lumpur.

Seorang lain sampai kini aku tak pernah jumpa iaitu Khairiah Shuib. Aku ingat sangat dia ni kerana dalam kelas dia cukup garang dan menjadi ketua kelas sehingga darjah empat (1974). Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Pada Jun 2011 yang lalu aku berjumpa dengan kakaknya Zuraidah Shuib, masih kecil dan comel.