Mandi sungai di tebing Teluk Penadah memang best giler. Itupun jika air Sungai Perak kering dan jarang-jarang keadaan ini berlaku. Biasanya air sungai dalam ya amat dan sangat berbahaya kepada pengunjung luar yang tidak reti nak berenang.
Inilah suru Teluk Penadah, mukim Bandar , Teluk Intan, Perak. Di sinilah dahulunya orang kampung mngaji agama daripada tuan-tuan guru dan biasanya tuan guru akan tidur di surau ini sebelum dihantar pulang. Ada sebuah bilik khas untuk tuan guru tidur , lengkap dengan katil, tilam , bantal dan makanan dihantar oleh penduduk setempat.
Peluang bercuti pada 2 Jun 2002 , iaitu 10 tahun yang lalu tidak aku lepaskan untuk pulang bercuti di kampung. Kampung aku sebenarnya di Sekolah Kebangsaan Ayer Mati , kekadang dieja Kg Air mati sahaja.
Anak buah aku dari Pulau Pinang pun ada sama. Jadi aku, isteri, anak aku Zia dan Ainil serta Helmi Penang mandi sakan di sini.
Selalunya di tebingan sungai ada sahaja pokok yang rebah sujud ke dalam sungai. Contohnya pokok mempelam ini.
Anak aku, Zia Asri tidak lepaskan peluang mencuba kebolehannya terjun dari tangga surau. Aku tidaklah cuak mana, sebab air sungai tidak dalam. sekitar paras lutut sahaja di bahagian tepi sungai. Di tengahnya memang dalam .
Banyak lumpur dan kawasan ini memang banyak udang galah. Kalau reti memancing udang dan kena dengan umpannya, moncah yop.
Ada lagi kerantong di sini. Kerantong seperti ini sangatlah berguna kerana pasa masa dahulu manalaha ada jam atau jam loceng. Televisyen dan telefon jauh sekali. Jadi kerantong menjadi amat komunikasi untuk memanggil dan memberitahu orang kampung tentang peristiwa yang berlaku dengan rentak bunyi dan bilangan pukulan yang berbeza. Kena dengar betul-betul - contohnya orang mati, perempuan beranak, kemalangan, ada kelas mengaji . Lain-lain tu menunjukkan waktu sembahyang.
Di bawah pokok begini ada jerumbai , akar-akar pokok yang menjadi anak udang dan anak ikan bermain. Bawalah tangguk lebar-lebar untuk menagguk ikan dan anak udang. Kalau hendak pandai berenang, kenalah makan udang mentah, kata deme .
Tandas ini tak terkira banyaknya di tebing Sungai Perak ketika itu. Seingat aku, air paip dan jalan raya serta elektrik hanya sampai ke kampung pada tahun 1987, iaitu ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi exco kanan kabinet negeri Perak dan seterusnya menjadi Menteri Besar Perak.
Mereka memang cukup teruja mandi sungai. Mereka ini membayangkan mandi di dalam kolam kat mana-mana hotel je. Manalah ada peluang mandi kolam. Kena bayar tu, kat sini free je.
Suruh mereka naik , dah cukup, sejuk dah , buat tak tahu aje deme.
Macam-macam kelaku yang mereka buat.
Inilah rupanya surau Teluk Penadah dan banyak digunakan semasa bulan Ramadan dan sambutan hari raya. Sembahyang raya , penduduk di sini sembahyang di Masjid Kampung Bandar.
Tangga yang terdapat di sinilah juga dah laih,, dah nak patah, reput bebenar. Di gigi sungai ada jojoi dari pokok bakau bagi menahan tebing runtuh.
Dahlah, jomla naik.
Main lumpur dema tak kisah.
Jangan diketuk kerantung tu, nanti orang kampung sangkakan ada kecemasan pulak.
by: malekhanif@yahoo.com 0192542660.