Saturday, December 12, 2009

Gambar keluarga semasa hari raya

Gambar di atas diambil pada 1991 iaitu selepas kami berkahwin dan belum dapat anak lagi. Depan Rogayah Abdul Rafai, Abdul Hani bin mohd Baki, Salmiah Abdul Ghani, Sariah Abdul Hanif, Rohani abdul Hanif. Anak kecil di depan di depan ialah Khairul Adha, Norhayati huri, Norlalili Huri, Amir Hamzah, Mohd Kamal. Di belakang ialah Abdul Wahab Osman, Abd Malek Abd Hanif, Mohd Zaini, Azrai dan Huri bin ahmad



Tuesday, May 19, 2009

Taurus hari jadiku

Pada 19 Mei 1963 pada hari ahad, bidan Wan Mahami dari Teluk Memali menyambut bayi yang kemudian dinamakan Abd Malek bin Abd Hanif. Emaknya bersama Salmiah Abdul Ghani dan apaknya Abdul Hanif bin Mohamad Baki. Hal ehwal bapaku ini ada aku ceritakan dalam wikipedia.

Rumahku itu tidak ada tandas kecuali tandas terbang. Mandi pula sama ada air telaha atau mandi di tebing Sungai Perak. Kenderaan ke sekolah ialah basikal yang apak beli daripada Cikgu Mrgat Mohamad Noor , guru Sekolah Kebangsaan Ayer Mati. Zaman orang putih dahulu semua air dieja Ayer. Sungai pula dieja Sungei.

Tidak ada jalan tar. Jalan tanah merah pun tidak ada ketika itu. Jalan kampung ini terletak betul-betul di pinggir tebing Sungai Perak. Di Sungai Perak inilah kami mandi, ambil air minum. Peliknya di sinilah aku kami mencangkung di tangga batang kayu untuk kencing dan berak. Ikan lampam akan berebut-rebut memagut tahi yang jatuh belebum ke dalam ke sungai. Seronok betul tengok ikan mencagut dan tenggelam, cagut dan tenggelam.

Setiap tangga di tebing sungai akan tersangkut sebuah dua sampan atau 'pero'. Pero ini sebenarnya ialah perahu. Banyak istilah yang tidak baku di Sungai Perak, sebenanrya ada istilah yang baku. Antaranya ialah menesah = madrasah. Mereka tak sebut surau. Mesejid = masjid. Jahama = Juz Anma. Bendang = sawah. ketika itu  tak pandai sebut sawah. Ayor = air.  Nin = jernih.

Pantun yang popular ketika :

Ikan belacak bawah belanga
Puna* terpacak panta* ternganga

Orang seberang patah paku
Nak bertumbuk ajak aku

Mati semut kerana gula
Mati Pak Mamut kerana gila


Sekolah Kebangsaan Ayer Mati

Sekolah Kebangsaan Ayer Mati adalah antara sekolah Melayu tertua di Malaysia. Sekolah lain berhampiran ialah Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tua, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Hulu, Sekolah Kebangsaan Pasir Salak, Sekolah Kebangsaan Selat Pulau , Sekolah Kebangsaan Kampung Gajah, Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga, Sekolah Kebangsaan Teluk Sareh dan lain-lain. Semua sekolah ini terletak di tebing kiri dan kanan Sungai Perak , dalam daerah Kampung Gajah. Dahulu sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Pejabat Pelajaran Parit walaupun lebih dekat dengan Teluk Intan.

Semasa aku bersekolah di sini dari tahun 1970-1975 (Darjah 1 - 6), pernahlah aku berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bandar kerana menyaksikan sukan tahunan sekolah tersebut kerana lebih meriah. Aku juga pernah  mewakili pasukan bola sepak menentang pasukan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Hulu pada tahun 1975 iaitu ketika itu aku berada di darjah 6. 

Ketua pasukan dan pemain handalan ketika ialah Salleh bin Harun dan Megat Saleh. Saleh ini sebaya dengan aku dan tinggal di Kampung Teluk Memali , tinggal bersama dengan opahnya 'Wan Teh'. Megat Salleh ini pernah aku temui di bandar Ipoh ketika menyertai sambutan hari kemerdekaan pada tahun 1982. Ketika itu aku menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, Ipoh. Di kampung, Megat Salleh bin Megat Osman ini tinggal di satu likuan sungai di Kuala Parit. Kampung Kuala Parit menjadi penanda aras permulaan banjir kerana terlebih dahulu tenggelam berbanding dengan kampung-kampung  lain. Puncanya ialah ia berhadapan dengan kuala Sungai Budiman. Limpahan air hujan yang melalui Sungai Perak dan limpahan Sungai Budiman yang masuk ke Sungai Perak menyebabkan Kuala Parit terendam cepat.

Secara amnya seronokkan mereka bermain air banjir dan terlebih dahulu mengutip ikan baung, keli, senekin dan lain-lain. Jeboh betul.




Senarai pengundi Pilihan raya 1955

Kketika Pilihan raya 1955 diadakan di Malaysia termasuk Sungei Perak Hilir, terdapat 14 kampung seperti di bawah. Pegawai pendaftsar ialah Harun bin Abdul Ghani bertarikh 5 Mei 1955. Senarai nama dan kad pengenalan ini dicetak oleh Supervisor of Federal Elections, Federation of Malaya, Kuala Lumpur. Ia terletak di bawah Registration of electors Ordinance , 1956 (No 28 of 1954)
Pasir Sauk 550 pengundi
Kapung Bidai Balun 573
Changkat Pinggan 179
Kapung Sungai Durian 125
Kampung Sungai Rebana 544
Kampung Gajah 959
Chikus 1578
Pulau Besar 1578
Kota Setia 399
Chenderong Balai 2008
Bandar 536
Selat Pulau 632
Permatang 581
Sungai Besar 196
Kampung Seberang 787
Pulau Tiga 1617
Sungai Tunku 604
Singai Jawi 203
------------------------------------
JUMLAH 13649

Penduduk Mukim Bandar  ialah 526, Lelaki 257 dan Perempuan 279 orang. Balai Penghulu terletak di Kampung Bandar Bharu. Pusat mengundi terletak di Balai Penghulu Kampung Bandar Bharu.  Kampung ini tidak wujud lagi.

Berikut ialah senarai kampung yang termasuk dalam Balai Penghulu Kampung Bandar Bharu.
Kampung Ayer Mati 1-95 pengundi
Kampung Bandar 96-204
Kampung China 205-264
Kampung Jong Burok 265-277
Kampung Padang 311
Kampung Pebayan 357
Kampung Rantau Panjang 377
Kampung Selat 385
Kampung Teluk Memali 483
Kampung Teluk Penadah 515
Pulau Indera Sakti 530
Military 536
* Bukan jumlah sebenar tetapi nombor turutan.

Tidak berupaya aku menyalin semua nama yang terdaftar ini. Cuma yang pasti datuk , bapa dan raong-orang aku kenali bolehkan aku ingat.

Datuk : Md Baki bin Mah Bub 633840
Anaknya : Abd. Hanif bin Mat Baki 090671
Ahmad bin Mohamed Baki 0044517

Monday, May 18, 2009

Sungai Perak

Sungai Perak banyak meninggalkan kenangan lama kepada mereka yang pernah tinggal di tepian sungai ini. Mereka yang dimaksudkan termasuklah Sultan-Sultan Perak sendiri kerana istana dan pusat kerajaan mereka terletak di tepi Sungai Perak. 

Terdapat bberapa bandar dan kampung tradisional Melayu di sepanjang Sungai Perak. Daripada Hulu Perak, Kuala Kangsar, Parit, Belanja, Chopin, Bota, Kampung Gajah, Pasir Salak, Teluk Intan, Bagan Datuh, Kota Setia , Beras Basah dan sebagainya.  Ini sahaja bandar yang kekal sehingga kini. Tetapi banyak lagi kampung yang hilang lenyap dalam  peta dan ingatan penduduk.  Ekonomi dan sistem pengangkutan penduduk tidak lagi bergantung kepada sungai .Sebaliknya bergantung kepada jalan raya dan lebuh raya. 

Lantaran itu Pulau Indera Sakti tak dikebali lagi. Bandar Baru baru tiada lagi. Teluk Memali pun begitu. Pangkalan Halhan. Teluk Penadah. Jong Buruk. Rantau Pajang. Kampung Cian. Kuala Parit. Kamung Budiman. Jalan Terus. Pasir Pulai. Kampung Gelam. Kampung Padang, Padang Lembah. Tasik Limau.  Teluk Gelanggang. 

Beberapa kampung lain juga hampir mengalami nasib yang hamir sama, Antaranya Kampung Air Mati yang rumahnya sekitar 10 buah sahaja. Pasir Jenteris, Bandar Tua , Pasir Panjang Hulu, Pulau Besar, Pulau Juar, Bandar, Pulau Penangguk, Kampung Pebayan. Semua ini meruntuh hatiku untuk menulis blog ini.

Untuk seberang menyeberang, dibina pengkalan di tepi sungai di sebelah kiri dan kanan. Penduduk di sebelah kanan akan menyeberang ke sebelah kiri Sungai Perak kerana pasawah-sawah padi di Seberang Perak terletak di sebelah kiri sungai. Sawak padi di Sungai Manik, Kampung Gajah, Chenderong Balai , Kerian dan lain-lain terletak di sebelah kanan sungai.

Perlu diingatkan bahawa Sungai Bernam sekarang ini dahulunya termasuk dalam pentadbiran negeri Perak.  Ketika itu perkataan negeri Selangor belum wujud. Pentadbira yang wujud hanya di sekitar Kelang sahaja. Sungai Selangor mengalir ke Selat Melaka. 

Sungai Perak sebenarnya tidak ada bijih timah . Bijih timah hanya ada di cawangan sungai Perak iaitu di Sungai Kinta. Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Tanjung Rambutan dan Hulu Kinta. Di sepanjang sungai inilah bijih timah dikeruk dan dikorek, dilampan dan dilombong . Bijih timah tidaklah kegunaannya kepada orang Melayu. Sungguhpun orang Belanda ada datang ke Pangkalan Halban untuk mebeli bijih timah dan membika Kota Belanda di Pulau Pangkor, tetapi kawasan sebenar bijih timah ini belum sangat diketahui.

Pulau Pinang dimajukan oleh Kapten Francis Light padan 1786 yan diambilnya daripada Sultan Kedah. Kemudian diambil pula Seberang Perai dan dinamakan Province Wellesley. Tanjung dinamakan Geogrgetown.  Sawah padi banyak terdapat di Kedah dan Kerian. Sawah padi diwujudkan  di Seberang Perak pada 1960an sahaja selepas Tun Razak meninjau dari kampung ke kampung di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. 

Ketika itu Malaya berhadapan dengan masalah komunis yang banyak terdiri daripada keturunan Cina.  Orang Melayu pun ada yang menjadi pemimpin komunis seperti Abdulah CD dan Rashid Maidin. Rashid Maidin bekerja sebagai mekanik lombong bijih Tanjung Tualang. Abdulah CD tinggal di Bota. Pemimpin komunis ini masuk ke kampung-kampung Melayu seperti Kuala Parit, Kampung Padang, Kamung Air Mati dan Bandar Baru . Antara yang mendaftarkan diri dengan Parti Komunis Malaya termasuklah bapaku Abdul Hanif Mohd Baki. Ketika itu PKM tidaklah dikenali sekarang. Ketika itu PKM dikenali sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangannya memang hebat, radikal dan mahu mengangkat senjata.  Ketika itu belum ada lagi UMNO. 

Perjuangan orang Melayu terpisah-pisah mengikut kaum, etnik dan bercorak kenegerian. Orang Perak berjuang di Perak. Orang Johor berjuang di Johor. Orang Kedah berjuang di Kedah.  Tiga negeri sahaja yang menonjol perjuangan dan pergerakannya. Lain-lain negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain berhadapan dengan masalah pentadbiran yang tidak selaras.

Perlis, Kelantan, Terengganu lebih dipengaruhi oleh kerajaan Siam . Negeri Sembilan banyak dipengaruhi kerajaan Minangkabau di Sumatera. Ada 9 pemerintah dalam Negeri Sembilan. Masing-masing berkuasa macam sebuah negeri. Itulah sebabnya dinamakan sembilan negeri atau terbaliknya Negeri Sembilan.