Tuesday, May 19, 2009

Taurus hari jadiku

Pada 19 Mei 1963 pada hari ahad, bidan Wan Mahami dari Teluk Memali menyambut bayi yang kemudian dinamakan Abd Malek bin Abd Hanif. Emaknya bersama Salmiah Abdul Ghani dan apaknya Abdul Hanif bin Mohamad Baki. Hal ehwal bapaku ini ada aku ceritakan dalam wikipedia.

Rumahku itu tidak ada tandas kecuali tandas terbang. Mandi pula sama ada air telaha atau mandi di tebing Sungai Perak. Kenderaan ke sekolah ialah basikal yang apak beli daripada Cikgu Mrgat Mohamad Noor , guru Sekolah Kebangsaan Ayer Mati. Zaman orang putih dahulu semua air dieja Ayer. Sungai pula dieja Sungei.

Tidak ada jalan tar. Jalan tanah merah pun tidak ada ketika itu. Jalan kampung ini terletak betul-betul di pinggir tebing Sungai Perak. Di Sungai Perak inilah kami mandi, ambil air minum. Peliknya di sinilah aku kami mencangkung di tangga batang kayu untuk kencing dan berak. Ikan lampam akan berebut-rebut memagut tahi yang jatuh belebum ke dalam ke sungai. Seronok betul tengok ikan mencagut dan tenggelam, cagut dan tenggelam.

Setiap tangga di tebing sungai akan tersangkut sebuah dua sampan atau 'pero'. Pero ini sebenarnya ialah perahu. Banyak istilah yang tidak baku di Sungai Perak, sebenanrya ada istilah yang baku. Antaranya ialah menesah = madrasah. Mereka tak sebut surau. Mesejid = masjid. Jahama = Juz Anma. Bendang = sawah. ketika itu  tak pandai sebut sawah. Ayor = air.  Nin = jernih.

Pantun yang popular ketika :

Ikan belacak bawah belanga
Puna* terpacak panta* ternganga

Orang seberang patah paku
Nak bertumbuk ajak aku

Mati semut kerana gula
Mati Pak Mamut kerana gila


1 comment:

  1. ha...saudara amalek, ape ke haei nye meeke menchaghort tu..apa pon teman nak tambah sikit pantun masa kekanak dulu....:-

    ye..ye..amalek kelenjor berak taik ijor-he..he...jangan marah saudara!

    ada beberapa lagi pantun yang memang meghanjor terutama kena jadi ketika dalam permainan..

    ReplyDelete