Tuesday, May 19, 2009

Sekolah Kebangsaan Ayer Mati

Sekolah Kebangsaan Ayer Mati adalah antara sekolah Melayu tertua di Malaysia. Sekolah lain berhampiran ialah Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tua, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Hulu, Sekolah Kebangsaan Pasir Salak, Sekolah Kebangsaan Selat Pulau , Sekolah Kebangsaan Kampung Gajah, Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga, Sekolah Kebangsaan Teluk Sareh dan lain-lain. Semua sekolah ini terletak di tebing kiri dan kanan Sungai Perak , dalam daerah Kampung Gajah. Dahulu sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Pejabat Pelajaran Parit walaupun lebih dekat dengan Teluk Intan.

Semasa aku bersekolah di sini dari tahun 1970-1975 (Darjah 1 - 6), pernahlah aku berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bandar kerana menyaksikan sukan tahunan sekolah tersebut kerana lebih meriah. Aku juga pernah  mewakili pasukan bola sepak menentang pasukan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Hulu pada tahun 1975 iaitu ketika itu aku berada di darjah 6. 

Ketua pasukan dan pemain handalan ketika ialah Salleh bin Harun dan Megat Saleh. Saleh ini sebaya dengan aku dan tinggal di Kampung Teluk Memali , tinggal bersama dengan opahnya 'Wan Teh'. Megat Salleh ini pernah aku temui di bandar Ipoh ketika menyertai sambutan hari kemerdekaan pada tahun 1982. Ketika itu aku menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, Ipoh. Di kampung, Megat Salleh bin Megat Osman ini tinggal di satu likuan sungai di Kuala Parit. Kampung Kuala Parit menjadi penanda aras permulaan banjir kerana terlebih dahulu tenggelam berbanding dengan kampung-kampung  lain. Puncanya ialah ia berhadapan dengan kuala Sungai Budiman. Limpahan air hujan yang melalui Sungai Perak dan limpahan Sungai Budiman yang masuk ke Sungai Perak menyebabkan Kuala Parit terendam cepat.

Secara amnya seronokkan mereka bermain air banjir dan terlebih dahulu mengutip ikan baung, keli, senekin dan lain-lain. Jeboh betul.




No comments:

Post a Comment