Sungai Perak banyak meninggalkan kenangan lama kepada mereka yang pernah tinggal di tepian sungai ini. Mereka yang dimaksudkan termasuklah Sultan-Sultan Perak sendiri kerana istana dan pusat kerajaan mereka terletak di tepi Sungai Perak.
Terdapat bberapa bandar dan kampung tradisional Melayu di sepanjang Sungai Perak. Daripada Hulu Perak, Kuala Kangsar, Parit, Belanja, Chopin, Bota, Kampung Gajah, Pasir Salak, Teluk Intan, Bagan Datuh, Kota Setia , Beras Basah dan sebagainya. Ini sahaja bandar yang kekal sehingga kini. Tetapi banyak lagi kampung yang hilang lenyap dalam peta dan ingatan penduduk. Ekonomi dan sistem pengangkutan penduduk tidak lagi bergantung kepada sungai .Sebaliknya bergantung kepada jalan raya dan lebuh raya.
Lantaran itu Pulau Indera Sakti tak dikebali lagi. Bandar Baru baru tiada lagi. Teluk Memali pun begitu. Pangkalan Halhan. Teluk Penadah. Jong Buruk. Rantau Pajang. Kampung Cian. Kuala Parit. Kamung Budiman. Jalan Terus. Pasir Pulai. Kampung Gelam. Kampung Padang, Padang Lembah. Tasik Limau. Teluk Gelanggang.
Beberapa kampung lain juga hampir mengalami nasib yang hamir sama, Antaranya Kampung Air Mati yang rumahnya sekitar 10 buah sahaja. Pasir Jenteris, Bandar Tua , Pasir Panjang Hulu, Pulau Besar, Pulau Juar, Bandar, Pulau Penangguk, Kampung Pebayan. Semua ini meruntuh hatiku untuk menulis blog ini.
Untuk seberang menyeberang, dibina pengkalan di tepi sungai di sebelah kiri dan kanan. Penduduk di sebelah kanan akan menyeberang ke sebelah kiri Sungai Perak kerana pasawah-sawah padi di Seberang Perak terletak di sebelah kiri sungai. Sawak padi di Sungai Manik, Kampung Gajah, Chenderong Balai , Kerian dan lain-lain terletak di sebelah kanan sungai.
Perlu diingatkan bahawa Sungai Bernam sekarang ini dahulunya termasuk dalam pentadbiran negeri Perak. Ketika itu perkataan negeri Selangor belum wujud. Pentadbira yang wujud hanya di sekitar Kelang sahaja. Sungai Selangor mengalir ke Selat Melaka.
Sungai Perak sebenarnya tidak ada bijih timah . Bijih timah hanya ada di cawangan sungai Perak iaitu di Sungai Kinta. Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Tanjung Rambutan dan Hulu Kinta. Di sepanjang sungai inilah bijih timah dikeruk dan dikorek, dilampan dan dilombong . Bijih timah tidaklah kegunaannya kepada orang Melayu. Sungguhpun orang Belanda ada datang ke Pangkalan Halban untuk mebeli bijih timah dan membika Kota Belanda di Pulau Pangkor, tetapi kawasan sebenar bijih timah ini belum sangat diketahui.
Pulau Pinang dimajukan oleh Kapten Francis Light padan 1786 yan diambilnya daripada Sultan Kedah. Kemudian diambil pula Seberang Perai dan dinamakan Province Wellesley. Tanjung dinamakan Geogrgetown. Sawah padi banyak terdapat di Kedah dan Kerian. Sawah padi diwujudkan di Seberang Perak pada 1960an sahaja selepas Tun Razak meninjau dari kampung ke kampung di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Ketika itu Malaya berhadapan dengan masalah komunis yang banyak terdiri daripada keturunan Cina. Orang Melayu pun ada yang menjadi pemimpin komunis seperti Abdulah CD dan Rashid Maidin. Rashid Maidin bekerja sebagai mekanik lombong bijih Tanjung Tualang. Abdulah CD tinggal di Bota. Pemimpin komunis ini masuk ke kampung-kampung Melayu seperti Kuala Parit, Kampung Padang, Kamung Air Mati dan Bandar Baru . Antara yang mendaftarkan diri dengan Parti Komunis Malaya termasuklah bapaku Abdul Hanif Mohd Baki. Ketika itu PKM tidaklah dikenali sekarang. Ketika itu PKM dikenali sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangannya memang hebat, radikal dan mahu mengangkat senjata. Ketika itu belum ada lagi UMNO.
Perjuangan orang Melayu terpisah-pisah mengikut kaum, etnik dan bercorak kenegerian. Orang Perak berjuang di Perak. Orang Johor berjuang di Johor. Orang Kedah berjuang di Kedah. Tiga negeri sahaja yang menonjol perjuangan dan pergerakannya. Lain-lain negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain berhadapan dengan masalah pentadbiran yang tidak selaras.
Perlis, Kelantan, Terengganu lebih dipengaruhi oleh kerajaan Siam . Negeri Sembilan banyak dipengaruhi kerajaan Minangkabau di Sumatera. Ada 9 pemerintah dalam Negeri Sembilan. Masing-masing berkuasa macam sebuah negeri. Itulah sebabnya dinamakan sembilan negeri atau terbaliknya Negeri Sembilan.